Monday 11 June 2012

KAYU LARIK & KAYU BUCU MURAH

PEMASANGAN KAYU YANG SESUAI AMAT PENTING UNTUK SESEBUAH RBW. BIASANYA MERANTI MERAH DAN PUTIH MENJADI PILIHAN UTAMA.

REKABENTUK rumah burung walit yang menepati spesifikasi adalah salah satu faktor kejayaan . Tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Terdapat banyak faktor lain yang boleh membantu pengusaha untuk berjaya dalam industri ini.

Keperluan asas rumah burung walit adalah kayu sirip atau kayu plank atau kayu bucu yang dipasang dalam nesting room. Jenis kayu yang paling popular digunakan adalah dark red meranti (MERANTI MERAH). Adakah dengan tidak menggunakan dark red meranti burung walit tidak membuat sarang ?. Ini adalah suatu persoalan yang sukar dijawab. Kajian menunjukan bahawa burung walit juga bersarang didinding simen dan juga pada kayu rasuk yang bukan dari jenis dark red meranti. Mengapa dark red meranti kena memerlukan perbincangan yang panjang.

Daripada lubang masuk walit akan membuat putaran ikut pusingan jam atau lawan pusingan jam. Putaran ini dilakukan beberapa kali dikawasan roving (roving room). Keluasan roving yang selesa bagi walit untuk membuat putaran ialah 15′ X 15′ atau 25 meter persegi.

Setelah berputar dalam kawaan roving walit akan menempel diri pada kayu sirip yang dipasang dikawasan nesting room untuk berehat atau menginap. Disinilah peranan kayu plank untuk burung walit. Rekabentuk kayu plank juga penting. Bagaimana untuk menyusun kayu plank. Susunan kayu plank akan mempengaruhi gred sarang yang dihasilkan. Jika susunan kayu plank banyak berpetak akan menghasilkan banyak sarang bucu. Harga sarang bucu ini adalah separuh gred sarang super. Walau bagaimana pun kedudukan bucu ini sangat digemari oleh walit. Keadaan bucu memudahkan walit membuat sarang. Namun begitu anda kerugian separuh harga. Anda untung dari segi kuantiti tetapi rugi dari espek kualiti.

Sesetengah pengusaha berpendapat tidak ada ruginya kerana yang penting adalah nilai wang akan diterima. Apa gunanya cantik tapi sedikit. Sedangkan jika nilai rendah sekali pun kualti banyak hasilnya sama juga ,
Bagaimana pula jika kayu plank yang disusun bertingkat seperti kedudukan tangga yang diterbalikkan,
Kaedah ini dapat menambahkan saiz atau area nesting plank yang lebih luas. Dengan itu lebih luas kawasan yang digunakan untuk bersarang. Rekabentuk melintang atau membujur juga akan mempengaruhi walit membuat sarang. Memasang kayu plank melintang atau membujur perlu mengambil kira kedudukan lubang masuk dan roving room.

Walau bagaimana pun untuk memuaskan hati anda tanyalah pakar yang berdekatan dengan anda.
            BERMINAT DENGAN MERANTI LEBIH MURAH
                         KHAS  TERENGGANU & KELANTAN SHJ.
                                 BOLEH HUBUNGI: ZAIDI 0139759327

No comments:

Post a Comment