Thursday 7 June 2012

ANCAMAN MUSUH UTAMA..

Burung HANTU merupakan pemangsa yang paling beruntung jika berjaya masuk dan keluar dengan selamat dalam rbw. Oleh itu pengusaha harus bijak mencari kaedah sesuai untuk mengatasi masalah ini. KESAN akibat ancaman burung hantu ini amat serius. Pertama, burung walit mati dimakan hidup-hidup. Kedua, burung walit lain yang tinggal akan rasa tidak selamat dan akan membuat keputusan keluar mencari rumah lain yang selamat. Jadi seharusnya masalah dan ancaman burung hantu perlu di atasi sebaik mungkin dengan apa cara sekalipun... kongsi dan cari pengalaman untuk kejayaan bersama.


TIKUS adalah musuh senyap yang sentiasa mencari peluang untuk kepentingan peribadi dan menyusahkan setiap pengusaha rbw. Pastikan rbw bebas dari tikus.

caranya amat mudah. Racun tikus ada dijual. perangkap pun ada. Pastikan juga dalam dan luar serta sekitar rbw tidak ada kayu-kayu saki baki projek terbiar dan menjadi tempat persembunyian tikus. Tuan-tuan sendiri lebih arif dengan cara untuk melawan ancaman tikus ini. Tikus nampak saja tidak berbahaya TETAPI yang pasti sudah banyak burung walit terkorban dengan kehadirannya. Ini sudah pasti menjejaskan proses pembiakan dan pertambahan burung walit.
HAI SEMUT, buat pa tu? lupakah kamu yang kamu juga merupakan musuh kepada pengusaha rbw??? semut mungkin lupa TAPI setiap pengusaha rbw jangan pula lupa dan pasti TIDAK DAPAT TIDUR memikirkan masalah semut yang memakan sarang burung walit yang baru nak mula buat. Burung walit tanda saja lot sarang dengan air liur, semut dah datang dengan angkatannya. Cara mudah adalah bagi saja semut minum susu. susu dah dicampur racun. Tuan-tuan boleh guna pelbagai kaedah lain tapi pastikan tiada yang berbau yang boleh mengganggu ketenteraman walit.



ULAR bukan saja mengancam burung walit tapi pengusaha pun terancam bila berhadapan dengannya. Oleh itu pastikan rbw bebas dan selamat dari ular. Biasanya rbw dipasangkan jaring untuk memerangkap ular yang cuba-cuba menghampiri. Ada juga yang menggunakan sulfur/ belerang disekeliling rbw untuk atasi serangga dan ular. Bersihkan kawasan rbw dalam dan luar supaya ular tidak selesa dan  tidak mengambil kesempatan ke atas burung walit yang sedang berusaha keras memberi keuntungan kepada pemiliknya.



ASAP... apa jua asap sudah cukup untuk burung walit membawa diri berkelana ke tempat lain. bukan asap rokok yang cuba diperkatakan kerana semua pengusaha sudah ambil maklum perkara ini. masalah kita adalah asap dari jiran sebelah yang bakar sampah berdekatan dengan rbw. tambah-tambah lagi pada waktu walit check in n check out. Kalau masalah ini tidak dapat diatasi dengan baik alamatnya rbw tinggal kenangan sajalah.




SIAPA INI??? INILAH ibu segala musuh. bapa kepada ancaman. orang yang kita tidak dapat cam yang mengaut keuntungan secara berjadual terhadap sarang walit. BIJAK dan LICIK dan boleh dikatakan PRO kerana lengkap dengan peralatan untuk mencungkil dan memotong kunci dan menebuk dinding rbw. AWAS rbw.
ANCAMAN seterusnya dan paling istimewa adalah daripada pemilik rbw itu sendiri. Apa tidaknya tiap-tiap hari masuk check dan hitung sarang burung. hehehe fikir - fikirkan.
SELAMAT MAJU JAYA.. ILMU KONGSI BERSAMA


No comments:

Post a Comment