Tuesday 1 May 2012

Khasiat Sarang Burung Walit
walit09
walit10walit08
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sejak dulu lagi, khasiat sarang-sarang burung layang-layang atau walit didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.

Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar.

Penyelidikan saintifik moden mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang tulen sekali gus bagus untuk semua peringkat usia.

Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.

Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.
walit06i

walit07Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan, bergantung kepada cita rasa tersendiri untuk menambahkan kenikmatan ketika menjamu.

Bagaimanapun ia memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan.

Namun kini, menyedari khasiatnya dan permintaannya semakin tinggi terutama untuk kecantikan, ia boleh didapati dalam bentuk bungkusan kecil dengan harga yang murah dan mudah dimiliki oleh semua golongan.
walit05
Ekstrak sarang burung walet mampu membuatkan bahan-bahan aktif yang terkandung mudah menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk membaikpulih struktur epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan selain membekalkan keanjalan jangka masa panjang pada wajah.

KEBAIKAN SARANG BURUNG WALET YANG BERJAYA DIRUMUSKAN
Awet muda.                                                         Melancarkan peredaran darah.
      Melancarkan fungsi paru-paru.                            Melegakan batuk.
      Membersihkan darah.                                          Membantu tumbesaran tubuh.
      Membantu pembentukan tulang.                         Pembentukan darah merah.
      Sebagai agen antioksida.                                     Membantu proses penyembuhan Asma.
      Memutih dan melicinkan muka.                          Menghilangkan kedut-kedut muka.
      Membantu meningkatkan tahap IQ.                    Kesihatan tenaga batin
      Membantu memulihkan tenaga dan stamina badan.




No comments:

Post a Comment