Monday 11 June 2012

MEMB INA RUMAH BURUNG

PEMBINAAN RUMAH BURUNG

Mengikut buku "Amalan Baik Untuk Perladangan Burung layang-layang/ Aerodramus dan Perumahannya" terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu diperolehi.

Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu disediakan Roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan. Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah ;-

  • Sistem ventilasi bagi mengawal suhu
  • Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari
  • Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi
  • Penyediaan beluti untuk burung bersarang
  • Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.
  • Pemasangan sistem audio
  • Notis amaran di lokasi sesuai.

Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat. Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.



Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.

Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan. Bila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.

Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan.


MAKLUMAT LANJUT.....
                                        BESUT/ SETIU/ K.TERENGGANU/ PASIR PUTIH/ JERTEH
                                        HUBUNGI: ZAIDI 013-9759327

No comments:

Post a Comment