PEMASANGAN KAYU YANG SESUAI AMAT PENTING UNTUK SESEBUAH RBW. BIASANYA MERANTI MERAH DAN PUTIH MENJADI PILIHAN UTAMA.
REKABENTUK rumah burung walit yang menepati spesifikasi adalah salah satu faktor kejayaan . Tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Terdapat banyak faktor lain yang boleh membantu pengusaha untuk berjaya dalam industri ini.
Keperluan asas rumah burung walit adalah kayu sirip atau kayu plank atau kayu bucu yang dipasang dalam nesting room. Jenis kayu yang paling popular digunakan adalah dark red meranti (MERANTI MERAH). Adakah dengan tidak menggunakan dark red meranti burung walit tidak membuat sarang ?. Ini adalah suatu persoalan yang sukar dijawab. Kajian menunjukan bahawa burung walit juga bersarang didinding simen dan juga pada kayu rasuk yang bukan dari jenis dark red meranti. Mengapa dark red meranti kena memerlukan perbincangan yang panjang.
Daripada lubang masuk walit akan membuat putaran ikut pusingan jam atau lawan pusingan jam. Putaran ini dilakukan beberapa kali dikawasan roving (roving room). Keluasan roving yang selesa bagi walit untuk membuat putaran ialah 15′ X 15′ atau 25 meter persegi.
Setelah berputar dalam kawaan roving walit akan menempel diri pada kayu sirip yang dipasang dikawasan nesting room untuk berehat atau menginap. Disinilah peranan kayu plank untuk burung walit. Rekabentuk kayu plank juga penting. Bagaimana untuk menyusun kayu plank. Susunan kayu plank akan mempengaruhi gred sarang yang dihasilkan. Jika susunan kayu plank banyak berpetak akan menghasilkan banyak sarang bucu. Harga sarang bucu ini adalah separuh gred sarang super. Walau bagaimana pun kedudukan bucu ini sangat digemari oleh walit. Keadaan bucu memudahkan walit membuat sarang. Namun begitu anda kerugian separuh harga. Anda untung dari segi kuantiti tetapi rugi dari espek kualiti.
Sesetengah pengusaha berpendapat tidak ada ruginya kerana yang penting adalah nilai wang akan diterima. Apa gunanya cantik tapi sedikit. Sedangkan jika nilai rendah sekali pun kualti banyak hasilnya sama juga ,
Bagaimana pula jika kayu plank yang disusun bertingkat seperti kedudukan tangga yang diterbalikkan,
Kaedah ini dapat menambahkan saiz atau area nesting plank yang lebih luas. Dengan itu lebih luas kawasan yang digunakan untuk bersarang. Rekabentuk melintang atau membujur juga akan mempengaruhi walit membuat sarang. Memasang kayu plank melintang atau membujur perlu mengambil kira kedudukan lubang masuk dan roving room.
Walau bagaimana pun untuk memuaskan hati anda tanyalah pakar yang berdekatan dengan anda.
BERMINAT DENGAN MERANTI LEBIH MURAH
KHAS TERENGGANU & KELANTAN SHJ.
BOLEH HUBUNGI: ZAIDI 0139759327
Monday, 11 June 2012
PEMASANGAN SISTEM AUDIO
PEMASANGAN SISTEM AUDIO
Sistem audio dipasang bagi
dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil burung masuk
kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran. CD
dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung , membuat
sarang dan meningkatkan pengeluaran.
Pada pintu masuk dipasang minima 2
buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung
masuk kedalam bangunan. Bagi bangunan berukuran 20 X 30 kaki, minima 10 buah
tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk
mengundang burung bersarang dalam bangunan.
Jika audio sistem dipasang secara yang betul
mengikut nasihat perunding, kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walit
dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah tinggi. Audio sistem sebenarnya
berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah sumber suara.BERMINAT DENGAN SISTEM AUDIO DAN RAHSIA SUARA WALIT
HUBUNGI : MAT JEFF BESUT 013-9972441
ZAIDI 0139759327
MEMB INA RUMAH BURUNG
PEMBINAAN RUMAH
BURUNG
Mengikut buku "Amalan Baik Untuk
Perladangan Burung layang-layang/ Aerodramus dan Perumahannya" terbitan Jabatan
Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau
perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu
kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu diperolehi.
Reka bentuk bangunan perlulah
berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan
menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu disediakan Roving room kerana semasa memasuki bangunan
burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke
sarangnya. Resting room perlu disediakan
sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk
burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan
daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan. Antara
ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah
;-
- Sistem ventilasi bagi mengawal suhu
- Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari
- Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi
- Penyediaan beluti untuk burung bersarang
- Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.
- Pemasangan sistem audio
- Notis amaran di lokasi sesuai.
Keluasan minima 20 X 30 kaki.
Lebih ekonomik jika dibina bertingkat. Ketinggian dari lantai ke bumbung antara
6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur
dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.
Tempat burung layang-layang
berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta
dilekatkan di bahagian siling bangunan.
Sistem paip jaringan (sprinkle)
diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan. Bila cuaca panas paip
dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.
MAKLUMAT LANJUT.....
BESUT/ SETIU/ K.TERENGGANU/ PASIR PUTIH/ JERTEH
HUBUNGI: ZAIDI 013-9759327
LAGI INFO
INFO KESIHATAN -
Ia didakwa mampu melancarkan fungsi paru-paru, melegakan batuk, membersihkan darah dan memulihkan tenaga selepas demam. Selain itu, ia mampu memulihkan penyakit asma, menguatkan daya ingatan dan kecergasan minda, menambah daya ketahanan tubuh, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kekuatan jantung & buah pingang selain ianya merupakan agen pemutihan kulit yang sangat baik dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asthma, ia juga dikatakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.
Sarang burung walet ini juga mampu mengubati KANSER dan HEPITITIS B. Ini kerana sarang burung telah terbukti melalui ujian makmal yang dijalankan mengandungi nutrien2 dan garam mineral seperti glikoprotein, kalsium, zat besi, fosforus, iodin, dan vitamin2 yang lebih mudah diserap oleh badan manusia.
Antara khasiatnya yang ketara ialah:-
MY RESEARCH STUDY DENGAN KAUM CINA
TUA ( APEK & NYONYA ) & INTERNATE INFO . THIS IS WHAT I BEEN TAKEN /
EATING BY FOLLOWING THEIR STEPS SINCE YEAR 2006.
Sebelum
ini tidak ramai yang tahu rahsia mengenai khasiat sarang burung walet (spesis
daripada keluarga burung layang-layang). Cuma sejak kebelakangan ini ia mula
diketahui umum serta mula mendapat sambutan daripada masyarakat terutamanya
masyarakat Melayu. Setakat ini banyak kajian telah mula dijalankan bagi mengkaji
khasiat-khasiat lain yang mungkin boleh didapati dalam sarang burung walet
ini.
Ia didakwa mampu melancarkan fungsi paru-paru, melegakan batuk, membersihkan darah dan memulihkan tenaga selepas demam. Selain itu, ia mampu memulihkan penyakit asma, menguatkan daya ingatan dan kecergasan minda, menambah daya ketahanan tubuh, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kekuatan jantung & buah pingang selain ianya merupakan agen pemutihan kulit yang sangat baik dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asthma, ia juga dikatakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.
Sarang burung walet ini juga mampu mengubati KANSER dan HEPITITIS B. Ini kerana sarang burung telah terbukti melalui ujian makmal yang dijalankan mengandungi nutrien2 dan garam mineral seperti glikoprotein, kalsium, zat besi, fosforus, iodin, dan vitamin2 yang lebih mudah diserap oleh badan manusia.
Antara khasiatnya yang ketara ialah:-
·
Melancarkan
system aliran darah yang betul ( mencegah kepucatan )
·
Melegakan
pernafasan & paru-paru
·
Membetulkan
system urat saraf ( termasuk warga emas )
·
Memperbaiki
sistem buah pinggang ( terutama pesakit diabetic )
·
Memutih,
melicinkan muka ( terutama bagi wanita hamil )
·
Menghilangkan kedut kedut muka
·
Mencantik
& mengimbangkan struktur badan
·
Menyegarkan
mata dan membaiki aliran darah & urat mata
·
Asma
(lelah)
·
Membuang
air dalam paru paru atau lemah paru2 atau berair)
·
Agen
memperbaiki hepatitis B & kanser
·
Meninggikan
IQ (orang dewasa dan kanak kanak)
·
Batuk batuk
kronik atau deman panas
·
Untuk
tenaga batin
·
Menghasilkan sperma bagi lelaki
& Menghasilkan / peningkatan telur dalam ovari
·
Merupakan
makanan sehat bagi para perokok, serta
mengurangi effect yang ditimbulkan dari nicotin.
·
Penambahan
selera makan terutama bagi warga emas
Info Kesihatan - Antara khasiatnya
yang ketara ialah:-
Penyelidikan
saintifik moden pula mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein
aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia pruduk kesihatan semula
jadi yang tulin scsuai untuk semua peringkat usia. Dua nilai pemakanan tinggi
yang sangat unik dan aktif dalam sarang burung iaitu faktur sitimulasi
mikrogenik dan perkembangan epidemik. Kedua-dua faktor itu membantu merangsang
sel dan penghasilan semula struktur sel badan. Fungsi ini dikatakan menjadi
punca utama sarang burung menghasilkan kulit yang muda, lembut. licin dan halus.
Ianya juga membaiki kulit yang bermasaalah seperti parut dll. Unsur protein
aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistern
imunisasi. Lantas menguatkan imuniti badan dan mencegah
penyakit.
Cara
menikmati sarang burung yang betul
Secara
asasnya ada dua cara utama menikmati sarang burung iaitu lebih kerap tetapi
sedikit’ dan pengambilan tetap secara bcrterusan. Seeloknya diambil satu sudu
kecil atau besar sarang burung setiap pagi dan malam atau berselang hari
(alternate day).
Bagi
kanak-kanak yang sering batuk dan selesema pengambilan sarang burung
dapat membantu menguatkan sistem imiun badan. – diminum dengan air suam. Kocak
hingga hancur dan minum. Bagi kanak-kanak yang sering mengalami bisul di kepala
(sawan bisul) dinasihatkan mengambilnya.
Meningkatkan IQ (kanak kanak dan peringkat
keatas ) –
amat baik sekali untuk minda anak-anak seumur rendah (kecil) hingga dewasa dan
meningkatkan minda orang dewasa akibat keletihan fikiran/ otak . – Bagi
kanak-kanak, diminum bercampur susu atau air suam. Bagi peringkat umur menengah
keatas, minum dengan air suam atau dicampur dengan minuman lain seperti
milo,kopi dll.( 1sudu kecil ( 1 tea spoon) setiap pagi atau malam atau berselang
hari ( alternate days) )
Manakala
bagi lelaki ia membantu meningkatkan fungsi buah pinggang dan
paru-paru serta kekuatan badan ( keseluruhan fizikal & mental )
– seeloknya
diminum samaada dengan air suam atau dengan dicampurkan dengan madu dan juga
boleh diminum dengan air kelapa muda. Juga sesuai kepada para perokok yang mana
dapat mengurangkan nakotik dalam paru-paru dan darah.
Sarang
burung juga sesuai bagi wanita hamil
kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi, Ini amat jelas kerana bayi yang
dilahirkan mempunyai kulit yang sangat cerah dan halus, serta fungsi badan lebih
kuat dibandingkan bayi lain, Ibu juga pulih lebih cepat selepas
melahirkan.
Manfaat
bagi warga emas dan dewasa
ianya membantu mencegah pembentukan lendir dan meningkatkan fungsi paru-paru, di
samping memastikan selera makan yang baik dan limpa yang sihat, bagi warga emas
yang lazim mengalami batuk berterusan atau lemah / keletihan .
mereka hanya
perlu mencampurkan sesudu teh sarang burung dengan air suam dan di minum setiap
pagi dan petang. - Hasilnya nampak
nyata.
Thursday, 7 June 2012
KENALI WALIT SPESIS TERPILIH
20 Fakta kenali burung walit
| |
1.
| Burung walit makan ketika ia terbang. |
2.
| Burung walit membuat sarang meggunakan air liur |
3.
| Sarang burung walit rumah adalah berwarna putih. |
4.
| Burung walit bergerak secara berkumpulan |
5.
| Suhu sesuai untuk rumah burung walit ialah diantara 26C - 30C. |
6.
| Kelembapan sesuai untuk rumah burung walit 80% - 90% |
7.
| Kelembapan rumah burung walit tidak blh 100%, kerana blh menyebabkan kayu atau papan rosak (berkulat) |
8.
| Burung walit tidur dgn bercangkuk dipapan/kayu |
9.
| Aroma di gunakan utk menggalakkan burung walit bersarang |
10.
| Burung walit suka berlegar ketika waktu mendung atau hujan |
11.
| Suara adalah penting utk memancing burung walit utk masuk kerumahnya |
12.
| Burung walit gemar membuat sarang disudur-sudut & tweeter |
13.
| Lipas, cicak & semut amat gemar menduduki rumah burung walit |
14.
| Biawak juga blh memasuki rumah burung walit melalui ruang pintu yg kecil |
15.
| Suara burung walit dalam dibiarkan 24 jam berfungsi sekiranya burung telah menginap |
16.
| Pintu masuk rumah burung walit blh dibina ditepi atau menghadap atas |
17.
| Kolam didalam rumah burung walit diperlukan utk menngawal suhu & kelembapan |
18.
| Lokasi pembinaan rumah burung walit mestilah dikawasan yg banyak sumber makanan. |
19.
| Kos pembinaan rumah burung walit bergantung kepada jenis bahan binaan dan teknologi. |
20.
| Lokasi tweeter rumah burung walit adalah penting utk mengalakan burung walit bersarang |
ANCAMAN MUSUH UTAMA..
Burung HANTU merupakan pemangsa yang paling beruntung jika berjaya masuk dan keluar dengan selamat dalam rbw. Oleh itu pengusaha harus bijak mencari kaedah sesuai untuk mengatasi masalah ini. KESAN akibat ancaman burung hantu ini amat serius. Pertama, burung walit mati dimakan hidup-hidup. Kedua, burung walit lain yang tinggal akan rasa tidak selamat dan akan membuat keputusan keluar mencari rumah lain yang selamat. Jadi seharusnya masalah dan ancaman burung hantu perlu di atasi sebaik mungkin dengan apa cara sekalipun... kongsi dan cari pengalaman untuk kejayaan bersama.
TIKUS adalah musuh senyap yang sentiasa mencari peluang untuk kepentingan peribadi dan menyusahkan setiap pengusaha rbw. Pastikan rbw bebas dari tikus.
caranya amat mudah. Racun tikus ada dijual. perangkap pun ada. Pastikan juga dalam dan luar serta sekitar rbw tidak ada kayu-kayu saki baki projek terbiar dan menjadi tempat persembunyian tikus. Tuan-tuan sendiri lebih arif dengan cara untuk melawan ancaman tikus ini. Tikus nampak saja tidak berbahaya TETAPI yang pasti sudah banyak burung walit terkorban dengan kehadirannya. Ini sudah pasti menjejaskan proses pembiakan dan pertambahan burung walit.
HAI SEMUT, buat pa tu? lupakah kamu yang kamu juga merupakan musuh kepada pengusaha rbw??? semut mungkin lupa TAPI setiap pengusaha rbw jangan pula lupa dan pasti TIDAK DAPAT TIDUR memikirkan masalah semut yang memakan sarang burung walit yang baru nak mula buat. Burung walit tanda saja lot sarang dengan air liur, semut dah datang dengan angkatannya. Cara mudah adalah bagi saja semut minum susu. susu dah dicampur racun. Tuan-tuan boleh guna pelbagai kaedah lain tapi pastikan tiada yang berbau yang boleh mengganggu ketenteraman walit.
ULAR bukan saja mengancam burung walit tapi pengusaha pun terancam bila berhadapan dengannya. Oleh itu pastikan rbw bebas dan selamat dari ular. Biasanya rbw dipasangkan jaring untuk memerangkap ular yang cuba-cuba menghampiri. Ada juga yang menggunakan sulfur/ belerang disekeliling rbw untuk atasi serangga dan ular. Bersihkan kawasan rbw dalam dan luar supaya ular tidak selesa dan tidak mengambil kesempatan ke atas burung walit yang sedang berusaha keras memberi keuntungan kepada pemiliknya.
ASAP... apa jua asap sudah cukup untuk burung walit membawa diri berkelana ke tempat lain. bukan asap rokok yang cuba diperkatakan kerana semua pengusaha sudah ambil maklum perkara ini. masalah kita adalah asap dari jiran sebelah yang bakar sampah berdekatan dengan rbw. tambah-tambah lagi pada waktu walit check in n check out. Kalau masalah ini tidak dapat diatasi dengan baik alamatnya rbw tinggal kenangan sajalah.
SIAPA INI??? INILAH ibu segala musuh. bapa kepada ancaman. orang yang kita tidak dapat cam yang mengaut keuntungan secara berjadual terhadap sarang walit. BIJAK dan LICIK dan boleh dikatakan PRO kerana lengkap dengan peralatan untuk mencungkil dan memotong kunci dan menebuk dinding rbw. AWAS rbw.
ANCAMAN seterusnya dan paling istimewa adalah daripada pemilik rbw itu sendiri. Apa tidaknya tiap-tiap hari masuk check dan hitung sarang burung. hehehe fikir - fikirkan.
SELAMAT MAJU JAYA.. ILMU KONGSI BERSAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)