Sunday 1 July 2012

Kenali Burung Walit


Burung Walit merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Burung ini bewarna gelap kelabu coklat, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon mahupun wayar eletrik seperti gambaran orang ramai. Burung walit mempunyai kebiasaan mendiami di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembap, remang-remang kegelapan dan menggunakan ruangan syiling gua atau nesting plank untuk membuat sarangnya sebagai tempat beristirehat dan membiak. Kalau saudara nampak yang bertenggek atas wayar elektrik atau pokok kayu..itu bukan walit yang dimaksudkan..itu layang-layang biasa.

Humidifier pilihan terbaik




HUMIDIFIER digunakan sebagai alat mengawal suhu dan menurunkan suhu dalam rumah burung anda..mampu mengawal suhu sehingga kelambapan yang dikehendaki dalam rumah burung anda. Alat ini mampu memberikan keselesaan kepada burung walit yang menghuni rumah walit anda dan menjadikan sarang yang dihasilkan bermutu tinggi dan telah terbukti kejayaannya

Aroma H3N1 4






Aroma ini telah diketahui mampu menarik sang walit muda dan dewasa untuk menetap dalam rumah walit anda..telah terbukti keberkesannya..anda boleh cari di internet dengan menaip nama aroma ini..Aroma ini boleh digunakan dengan spray di kawasan roving room atau pada dinding di bawah nesting plank atau  direct ke nesting plank..sembur saja dlm rumah walit.

Kisah Nabi Dan Burung Layang-Layang (walit)

Kisah Nabi Dan Burung Layang-Layang (walit)


Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim A.S ketika baginda sedang dibakar oleh Namrud, seekor burung layang-layang yang menyaksikan peristiwa itu lalu terus terbang mencari air dan disedutnya air tersebut lalu dilepaskan ke atas unggun api itu. Peristiwa itu diulang-ulangnya berkali-kali sehinggalah Nabi Ibrahim dikeluarkan daripada api.Perbuatan burung itu dilihat dan diperhatikan oleh seekor burung yang lain lantas bertanya. "wahai layang-layang mengapakah kamu lakukan perbuatan siraman air tadi walaupun kamu tahu bahawa air yang sedikit itu tidak mampu membuat apa-apa terhadap unggun api yang besar itu?Jawab layang-layang."walaupun aku tahu aku tidak berupaya memadamkan api tersebut namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran atas kemampuan yang terdaya oleh aku agar di hadapan ALLAH kelak aku tidak akan dipertanggungjawabkan kerana tidak berusaha melakukan sesuatu apabila melihat kezaliman"Kisah ini menceritakan kehebatan yang ada pada burung layang-layang. Walaupun warna bulunya hitam tetapi sarangnya dilabelkan sebagai emas putih pada hari ini kerana harganya yang tinggi dan permintaan manusia sedunia yang berterusan.

Monday 11 June 2012

KAYU LARIK & KAYU BUCU MURAH

PEMASANGAN KAYU YANG SESUAI AMAT PENTING UNTUK SESEBUAH RBW. BIASANYA MERANTI MERAH DAN PUTIH MENJADI PILIHAN UTAMA.

REKABENTUK rumah burung walit yang menepati spesifikasi adalah salah satu faktor kejayaan . Tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Terdapat banyak faktor lain yang boleh membantu pengusaha untuk berjaya dalam industri ini.

Keperluan asas rumah burung walit adalah kayu sirip atau kayu plank atau kayu bucu yang dipasang dalam nesting room. Jenis kayu yang paling popular digunakan adalah dark red meranti (MERANTI MERAH). Adakah dengan tidak menggunakan dark red meranti burung walit tidak membuat sarang ?. Ini adalah suatu persoalan yang sukar dijawab. Kajian menunjukan bahawa burung walit juga bersarang didinding simen dan juga pada kayu rasuk yang bukan dari jenis dark red meranti. Mengapa dark red meranti kena memerlukan perbincangan yang panjang.

Daripada lubang masuk walit akan membuat putaran ikut pusingan jam atau lawan pusingan jam. Putaran ini dilakukan beberapa kali dikawasan roving (roving room). Keluasan roving yang selesa bagi walit untuk membuat putaran ialah 15′ X 15′ atau 25 meter persegi.

Setelah berputar dalam kawaan roving walit akan menempel diri pada kayu sirip yang dipasang dikawasan nesting room untuk berehat atau menginap. Disinilah peranan kayu plank untuk burung walit. Rekabentuk kayu plank juga penting. Bagaimana untuk menyusun kayu plank. Susunan kayu plank akan mempengaruhi gred sarang yang dihasilkan. Jika susunan kayu plank banyak berpetak akan menghasilkan banyak sarang bucu. Harga sarang bucu ini adalah separuh gred sarang super. Walau bagaimana pun kedudukan bucu ini sangat digemari oleh walit. Keadaan bucu memudahkan walit membuat sarang. Namun begitu anda kerugian separuh harga. Anda untung dari segi kuantiti tetapi rugi dari espek kualiti.

Sesetengah pengusaha berpendapat tidak ada ruginya kerana yang penting adalah nilai wang akan diterima. Apa gunanya cantik tapi sedikit. Sedangkan jika nilai rendah sekali pun kualti banyak hasilnya sama juga ,
Bagaimana pula jika kayu plank yang disusun bertingkat seperti kedudukan tangga yang diterbalikkan,
Kaedah ini dapat menambahkan saiz atau area nesting plank yang lebih luas. Dengan itu lebih luas kawasan yang digunakan untuk bersarang. Rekabentuk melintang atau membujur juga akan mempengaruhi walit membuat sarang. Memasang kayu plank melintang atau membujur perlu mengambil kira kedudukan lubang masuk dan roving room.

Walau bagaimana pun untuk memuaskan hati anda tanyalah pakar yang berdekatan dengan anda.
            BERMINAT DENGAN MERANTI LEBIH MURAH
                         KHAS  TERENGGANU & KELANTAN SHJ.
                                 BOLEH HUBUNGI: ZAIDI 0139759327

PEMASANGAN SISTEM AUDIO

PEMASANGAN SISTEM AUDIO

Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil burung masuk kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran. CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung , membuat sarang dan meningkatkan pengeluaran.

Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan. Bagi bangunan berukuran 20 X 30 kaki, minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam bangunan.


Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding, kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah tinggi. Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah sumber suara.



          BERMINAT DENGAN SISTEM AUDIO DAN RAHSIA SUARA WALIT

                                         HUBUNGI : MAT JEFF BESUT 013-9972441
                                                               ZAIDI  0139759327

MEMB INA RUMAH BURUNG

PEMBINAAN RUMAH BURUNG

Mengikut buku "Amalan Baik Untuk Perladangan Burung layang-layang/ Aerodramus dan Perumahannya" terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu diperolehi.

Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu disediakan Roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan. Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah ;-

  • Sistem ventilasi bagi mengawal suhu
  • Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari
  • Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi
  • Penyediaan beluti untuk burung bersarang
  • Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.
  • Pemasangan sistem audio
  • Notis amaran di lokasi sesuai.

Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat. Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.



Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.

Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan. Bila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.

Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan.


MAKLUMAT LANJUT.....
                                        BESUT/ SETIU/ K.TERENGGANU/ PASIR PUTIH/ JERTEH
                                        HUBUNGI: ZAIDI 013-9759327

LAGI INFO

INFO KESIHATAN -
MY RESEARCH STUDY DENGAN KAUM CINA TUA ( APEK & NYONYA ) & INTERNATE INFO . THIS IS WHAT I BEEN TAKEN / EATING BY FOLLOWING THEIR STEPS SINCE YEAR 2006.

Sebelum ini tidak ramai yang tahu rahsia mengenai khasiat sarang burung walet (spesis daripada keluarga burung layang-layang). Cuma sejak kebelakangan ini ia mula diketahui umum serta mula mendapat sambutan daripada masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Setakat ini banyak kajian telah mula dijalankan bagi mengkaji khasiat-khasiat lain yang mungkin boleh didapati dalam sarang burung walet ini.


Ia didakwa mampu melancarkan fungsi paru-paru, melegakan batuk, membersihkan darah dan memulihkan tenaga selepas demam. Selain itu, ia mampu memulihkan penyakit asma, menguatkan daya ingatan dan kecergasan minda, menambah daya ketahanan tubuh, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kekuatan jantung & buah pingang selain ianya merupakan agen pemutihan kulit yang sangat baik dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asthma, ia juga dikatakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.


Sarang burung walet ini juga mampu mengubati KANSER dan HEPITITIS B. Ini kerana sarang burung telah terbukti melalui ujian makmal yang dijalankan mengandungi nutrien2 dan garam mineral seperti glikoprotein, kalsium, zat besi, fosforus, iodin, dan vitamin2 yang lebih mudah diserap oleh badan manusia.
Antara khasiatnya yang ketara ialah:-

· Melancarkan system aliran darah yang betul ( mencegah kepucatan )

· Melegakan pernafasan & paru-paru

· Membetulkan system urat saraf ( termasuk warga emas )

· Memperbaiki sistem buah pinggang ( terutama pesakit diabetic )

· Memutih, melicinkan muka ( terutama bagi wanita hamil )

· Menghilangkan kedut kedut muka

· Mencantik & mengimbangkan struktur badan

· Menyegarkan mata dan membaiki aliran darah & urat mata

· Asma (lelah)

· Membuang air dalam paru paru atau lemah paru2 atau berair)

· Agen memperbaiki hepatitis B & kanser

· Meninggikan IQ (orang dewasa dan kanak kanak)

· Batuk batuk kronik atau deman panas

· Untuk tenaga batin

· Menghasilkan sperma bagi lelaki & Menghasilkan / peningkatan telur dalam ovari

· Merupakan makanan sehat bagi para perokok, serta mengurangi effect yang ditimbulkan dari nicotin.

· Penambahan selera makan terutama bagi warga emas


Info Kesihatan - Antara khasiatnya yang ketara ialah:-



Penyelidikan saintifik moden pula mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia pruduk kesihatan semula jadi yang tulin scsuai untuk semua peringkat usia. Dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif dalam sarang burung iaitu faktur sitimulasi mikrogenik dan perkembangan epidemik. Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan. Fungsi ini dikatakan menjadi punca utama sarang burung menghasilkan kulit yang muda, lembut. licin dan halus. Ianya juga membaiki kulit yang bermasaalah seperti parut dll. Unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistern imunisasi. Lantas menguatkan imuniti badan dan mencegah penyakit.



Cara menikmati sarang burung yang betul

Secara asasnya ada dua cara utama menikmati sarang burung iaitu lebih kerap tetapi sedikit’ dan pengambilan tetap secara bcrterusan. Seeloknya diambil satu sudu kecil atau besar sarang burung setiap pagi dan malam atau berselang hari (alternate day).



Bagi kanak-kanak yang sering batuk dan selesema pengambilan sarang burung dapat membantu menguatkan sistem imiun badan. – diminum dengan air suam. Kocak hingga hancur dan minum. Bagi kanak-kanak yang sering mengalami bisul di kepala (sawan bisul) dinasihatkan mengambilnya.



Meningkatkan IQ (kanak kanak dan peringkat keatas ) – amat baik sekali untuk minda anak-anak seumur rendah (kecil) hingga dewasa dan meningkatkan minda orang dewasa akibat keletihan fikiran/ otak . – Bagi kanak-kanak, diminum bercampur susu atau air suam. Bagi peringkat umur menengah keatas, minum dengan air suam atau dicampur dengan minuman lain seperti milo,kopi dll.( 1sudu kecil ( 1 tea spoon) setiap pagi atau malam atau berselang hari ( alternate days) )



Manakala bagi lelaki ia membantu meningkatkan fungsi buah pinggang dan paru-paru serta kekuatan badan ( keseluruhan fizikal & mental ) – seeloknya diminum samaada dengan air suam atau dengan dicampurkan dengan madu dan juga boleh diminum dengan air kelapa muda. Juga sesuai kepada para perokok yang mana dapat mengurangkan nakotik dalam paru-paru dan darah.



Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi, Ini amat jelas kerana bayi yang dilahirkan mempunyai kulit yang sangat cerah dan halus, serta fungsi badan lebih kuat dibandingkan bayi lain, Ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.



Manfaat bagi warga emas dan dewasa ianya membantu mencegah pembentukan lendir dan meningkatkan fungsi paru-paru, di samping memastikan selera makan yang baik dan limpa yang sihat, bagi warga emas yang lazim mengalami batuk berterusan atau lemah / keletihan . mereka hanya perlu mencampurkan sesudu teh sarang burung dengan air suam dan di minum setiap pagi dan petang. - Hasilnya nampak nyata.

Thursday 7 June 2012

KENALI WALIT SPESIS TERPILIH

20 Fakta kenali burung walit
1.
Burung walit makan ketika ia terbang.
2.
Burung walit membuat sarang meggunakan air liur
3.
Sarang burung walit rumah adalah berwarna putih.
4.
Burung walit bergerak secara berkumpulan
5.
Suhu sesuai untuk rumah burung walit ialah diantara 26C - 30C.
6.
Kelembapan sesuai untuk rumah burung walit 80% - 90%
7.
Kelembapan rumah burung walit tidak blh 100%, kerana blh menyebabkan kayu atau papan rosak (berkulat)
8.
Burung walit tidur dgn bercangkuk dipapan/kayu
9.
Aroma di gunakan utk menggalakkan burung walit bersarang
10.
Burung walit suka berlegar ketika waktu mendung atau hujan
11.
Suara adalah penting utk memancing burung walit utk masuk kerumahnya
12.
Burung walit gemar membuat sarang disudur-sudut & tweeter
13.
Lipas, cicak & semut amat gemar menduduki rumah burung walit
14.
Biawak juga blh memasuki rumah burung walit melalui ruang pintu yg kecil
15.
Suara burung walit dalam dibiarkan 24 jam berfungsi sekiranya burung telah menginap
16.
Pintu masuk rumah burung walit blh dibina ditepi atau menghadap atas
17.
Kolam didalam rumah burung walit diperlukan utk menngawal suhu & kelembapan
18.
Lokasi pembinaan rumah burung walit mestilah dikawasan yg banyak sumber makanan.
 
19.
Kos pembinaan rumah burung walit bergantung kepada jenis bahan binaan dan teknologi.
20.
Lokasi tweeter rumah burung walit adalah penting utk mengalakan burung walit bersarang

ANCAMAN MUSUH UTAMA..

Burung HANTU merupakan pemangsa yang paling beruntung jika berjaya masuk dan keluar dengan selamat dalam rbw. Oleh itu pengusaha harus bijak mencari kaedah sesuai untuk mengatasi masalah ini. KESAN akibat ancaman burung hantu ini amat serius. Pertama, burung walit mati dimakan hidup-hidup. Kedua, burung walit lain yang tinggal akan rasa tidak selamat dan akan membuat keputusan keluar mencari rumah lain yang selamat. Jadi seharusnya masalah dan ancaman burung hantu perlu di atasi sebaik mungkin dengan apa cara sekalipun... kongsi dan cari pengalaman untuk kejayaan bersama.


TIKUS adalah musuh senyap yang sentiasa mencari peluang untuk kepentingan peribadi dan menyusahkan setiap pengusaha rbw. Pastikan rbw bebas dari tikus.

caranya amat mudah. Racun tikus ada dijual. perangkap pun ada. Pastikan juga dalam dan luar serta sekitar rbw tidak ada kayu-kayu saki baki projek terbiar dan menjadi tempat persembunyian tikus. Tuan-tuan sendiri lebih arif dengan cara untuk melawan ancaman tikus ini. Tikus nampak saja tidak berbahaya TETAPI yang pasti sudah banyak burung walit terkorban dengan kehadirannya. Ini sudah pasti menjejaskan proses pembiakan dan pertambahan burung walit.
HAI SEMUT, buat pa tu? lupakah kamu yang kamu juga merupakan musuh kepada pengusaha rbw??? semut mungkin lupa TAPI setiap pengusaha rbw jangan pula lupa dan pasti TIDAK DAPAT TIDUR memikirkan masalah semut yang memakan sarang burung walit yang baru nak mula buat. Burung walit tanda saja lot sarang dengan air liur, semut dah datang dengan angkatannya. Cara mudah adalah bagi saja semut minum susu. susu dah dicampur racun. Tuan-tuan boleh guna pelbagai kaedah lain tapi pastikan tiada yang berbau yang boleh mengganggu ketenteraman walit.



ULAR bukan saja mengancam burung walit tapi pengusaha pun terancam bila berhadapan dengannya. Oleh itu pastikan rbw bebas dan selamat dari ular. Biasanya rbw dipasangkan jaring untuk memerangkap ular yang cuba-cuba menghampiri. Ada juga yang menggunakan sulfur/ belerang disekeliling rbw untuk atasi serangga dan ular. Bersihkan kawasan rbw dalam dan luar supaya ular tidak selesa dan  tidak mengambil kesempatan ke atas burung walit yang sedang berusaha keras memberi keuntungan kepada pemiliknya.



ASAP... apa jua asap sudah cukup untuk burung walit membawa diri berkelana ke tempat lain. bukan asap rokok yang cuba diperkatakan kerana semua pengusaha sudah ambil maklum perkara ini. masalah kita adalah asap dari jiran sebelah yang bakar sampah berdekatan dengan rbw. tambah-tambah lagi pada waktu walit check in n check out. Kalau masalah ini tidak dapat diatasi dengan baik alamatnya rbw tinggal kenangan sajalah.




SIAPA INI??? INILAH ibu segala musuh. bapa kepada ancaman. orang yang kita tidak dapat cam yang mengaut keuntungan secara berjadual terhadap sarang walit. BIJAK dan LICIK dan boleh dikatakan PRO kerana lengkap dengan peralatan untuk mencungkil dan memotong kunci dan menebuk dinding rbw. AWAS rbw.
ANCAMAN seterusnya dan paling istimewa adalah daripada pemilik rbw itu sendiri. Apa tidaknya tiap-tiap hari masuk check dan hitung sarang burung. hehehe fikir - fikirkan.
SELAMAT MAJU JAYA.. ILMU KONGSI BERSAMA


Friday 25 May 2012

TAK KENAL maka TAK TAHU...

PERUSAHAAN RUMAH BURUNG WALIT (RBW) MEMANG MENCABAR...
CABARANNYA ADA DI SINI.

1. MINAT SUDAH ADA TAPI MODAL TIADA???
    KENAPA MAHU PENING-PENING.. KALAU MODAL KECIL BUAT RBW SAIZ    KECIL.     BILA DAH BERJAYA BUAT LAH YANG BESAU-BESAU.

2. LOKASI???
    BURUNG WALIT NI MANA-MANA ADA KERANA TUHAN YANG HANTAR NANTI.. NAK KITA MULA DAN MINTA KEPADA-NYA.

3. TAK TAHU LANGSUNG PASAL RBW???
     TAK KENAL maka TAK TAHU.. KALAU PANDAI SEBUT TU MAKA DAH TAHU LAH YE

4. SUARA BAGUS & TERBAIK NAK DAPAT KAT MANE???
    BANYAK DIJUAL DI PASARAN. BIASA YANG MAHAL TU YANG BAGUSLAH. TAPI KALAU ADA KENGKAWAN YANG DAH BERJAYA DAPATKAN MURAH2 LAGI BAGUS. BIASANYA DAPAT..

Tuesday 1 May 2012

Khasiat Sarang Burung Walit
walit09
walit10walit08
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sejak dulu lagi, khasiat sarang-sarang burung layang-layang atau walit didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.

Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar.

Penyelidikan saintifik moden mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang tulen sekali gus bagus untuk semua peringkat usia.

Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.

Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.
walit06i

walit07Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan, bergantung kepada cita rasa tersendiri untuk menambahkan kenikmatan ketika menjamu.

Bagaimanapun ia memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan.

Namun kini, menyedari khasiatnya dan permintaannya semakin tinggi terutama untuk kecantikan, ia boleh didapati dalam bentuk bungkusan kecil dengan harga yang murah dan mudah dimiliki oleh semua golongan.
walit05
Ekstrak sarang burung walet mampu membuatkan bahan-bahan aktif yang terkandung mudah menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk membaikpulih struktur epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan selain membekalkan keanjalan jangka masa panjang pada wajah.

KEBAIKAN SARANG BURUNG WALET YANG BERJAYA DIRUMUSKAN
Awet muda.                                                         Melancarkan peredaran darah.
      Melancarkan fungsi paru-paru.                            Melegakan batuk.
      Membersihkan darah.                                          Membantu tumbesaran tubuh.
      Membantu pembentukan tulang.                         Pembentukan darah merah.
      Sebagai agen antioksida.                                     Membantu proses penyembuhan Asma.
      Memutih dan melicinkan muka.                          Menghilangkan kedut-kedut muka.
      Membantu meningkatkan tahap IQ.                    Kesihatan tenaga batin
      Membantu memulihkan tenaga dan stamina badan.