Burung Walit
merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Burung
ini bewarna gelap kelabu coklat, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh kecil, dan memiliki
sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga
paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon mahupun wayar eletrik
seperti gambaran orang ramai. Burung walit mempunyai kebiasaan mendiami di
gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembap, remang-remang kegelapan dan
menggunakan ruangan syiling gua atau nesting plank untuk membuat sarangnya
sebagai tempat beristirehat dan membiak. Kalau saudara nampak yang bertenggek atas wayar elektrik atau pokok kayu..itu bukan walit yang dimaksudkan..itu layang-layang biasa.
sarangburungwalet-birdnest
Sunday, 1 July 2012
Kisah Nabi Dan Burung Layang-Layang (walit)
Kisah Nabi Dan Burung Layang-Layang (walit)
Sebuah kisah di
zaman Nabi Ibrahim A.S ketika baginda sedang dibakar oleh Namrud, seekor burung
layang-layang yang menyaksikan peristiwa itu lalu terus terbang mencari air dan
disedutnya air tersebut lalu dilepaskan ke atas unggun api itu. Peristiwa itu
diulang-ulangnya berkali-kali sehinggalah Nabi Ibrahim dikeluarkan daripada
api.Perbuatan burung itu
dilihat dan diperhatikan oleh seekor burung yang lain lantas bertanya. "wahai layang-layang mengapakah kamu lakukan
perbuatan siraman air tadi walaupun kamu tahu bahawa air yang sedikit itu tidak
mampu membuat apa-apa terhadap unggun api yang besar
itu?Jawab
layang-layang."walaupun aku tahu aku tidak
berupaya memadamkan api tersebut namun aku mesti berusaha untuk menegakkan
kebenaran atas kemampuan yang terdaya oleh aku agar di hadapan ALLAH kelak aku
tidak akan dipertanggungjawabkan kerana tidak berusaha melakukan sesuatu apabila
melihat kezaliman"Kisah ini menceritakan kehebatan yang ada pada
burung layang-layang. Walaupun warna bulunya hitam tetapi sarangnya dilabelkan
sebagai emas putih pada hari ini kerana harganya yang tinggi dan permintaan
manusia sedunia yang berterusan.
Monday, 11 June 2012
KAYU LARIK & KAYU BUCU MURAH
PEMASANGAN KAYU YANG SESUAI AMAT PENTING UNTUK SESEBUAH RBW. BIASANYA MERANTI MERAH DAN PUTIH MENJADI PILIHAN UTAMA.
REKABENTUK rumah burung walit yang menepati spesifikasi adalah salah satu faktor kejayaan . Tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Terdapat banyak faktor lain yang boleh membantu pengusaha untuk berjaya dalam industri ini.
Keperluan asas rumah burung walit adalah kayu sirip atau kayu plank atau kayu bucu yang dipasang dalam nesting room. Jenis kayu yang paling popular digunakan adalah dark red meranti (MERANTI MERAH). Adakah dengan tidak menggunakan dark red meranti burung walit tidak membuat sarang ?. Ini adalah suatu persoalan yang sukar dijawab. Kajian menunjukan bahawa burung walit juga bersarang didinding simen dan juga pada kayu rasuk yang bukan dari jenis dark red meranti. Mengapa dark red meranti kena memerlukan perbincangan yang panjang.
Daripada lubang masuk walit akan membuat putaran ikut pusingan jam atau lawan pusingan jam. Putaran ini dilakukan beberapa kali dikawasan roving (roving room). Keluasan roving yang selesa bagi walit untuk membuat putaran ialah 15′ X 15′ atau 25 meter persegi.
Setelah berputar dalam kawaan roving walit akan menempel diri pada kayu sirip yang dipasang dikawasan nesting room untuk berehat atau menginap. Disinilah peranan kayu plank untuk burung walit. Rekabentuk kayu plank juga penting. Bagaimana untuk menyusun kayu plank. Susunan kayu plank akan mempengaruhi gred sarang yang dihasilkan. Jika susunan kayu plank banyak berpetak akan menghasilkan banyak sarang bucu. Harga sarang bucu ini adalah separuh gred sarang super. Walau bagaimana pun kedudukan bucu ini sangat digemari oleh walit. Keadaan bucu memudahkan walit membuat sarang. Namun begitu anda kerugian separuh harga. Anda untung dari segi kuantiti tetapi rugi dari espek kualiti.
Sesetengah pengusaha berpendapat tidak ada ruginya kerana yang penting adalah nilai wang akan diterima. Apa gunanya cantik tapi sedikit. Sedangkan jika nilai rendah sekali pun kualti banyak hasilnya sama juga ,
Bagaimana pula jika kayu plank yang disusun bertingkat seperti kedudukan tangga yang diterbalikkan,
Kaedah ini dapat menambahkan saiz atau area nesting plank yang lebih luas. Dengan itu lebih luas kawasan yang digunakan untuk bersarang. Rekabentuk melintang atau membujur juga akan mempengaruhi walit membuat sarang. Memasang kayu plank melintang atau membujur perlu mengambil kira kedudukan lubang masuk dan roving room.
Walau bagaimana pun untuk memuaskan hati anda tanyalah pakar yang berdekatan dengan anda.
BERMINAT DENGAN MERANTI LEBIH MURAH
KHAS TERENGGANU & KELANTAN SHJ.
BOLEH HUBUNGI: ZAIDI 0139759327

PEMASANGAN SISTEM AUDIO
PEMASANGAN SISTEM AUDIO
Sistem audio dipasang bagi
dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil burung masuk
kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran. CD
dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung , membuat
sarang dan meningkatkan pengeluaran.
Pada pintu masuk dipasang minima 2
buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung
masuk kedalam bangunan. Bagi bangunan berukuran 20 X 30 kaki, minima 10 buah
tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk
mengundang burung bersarang dalam bangunan.
Jika audio sistem dipasang secara yang betul
mengikut nasihat perunding, kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walit
dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah tinggi. Audio sistem sebenarnya
berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah sumber suara.BERMINAT DENGAN SISTEM AUDIO DAN RAHSIA SUARA WALIT
HUBUNGI : MAT JEFF BESUT 013-9972441
ZAIDI 0139759327
MEMB INA RUMAH BURUNG
PEMBINAAN RUMAH
BURUNG
Mengikut buku "Amalan Baik Untuk
Perladangan Burung layang-layang/ Aerodramus dan Perumahannya" terbitan Jabatan
Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau
perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu
kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu diperolehi.
Reka bentuk bangunan perlulah
berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan
menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu disediakan Roving room kerana semasa memasuki bangunan
burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke
sarangnya. Resting room perlu disediakan
sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk
burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan
daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan. Antara
ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah
;-
- Sistem ventilasi bagi mengawal suhu
- Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari
- Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi
- Penyediaan beluti untuk burung bersarang
- Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.
- Pemasangan sistem audio
- Notis amaran di lokasi sesuai.
Keluasan minima 20 X 30 kaki.
Lebih ekonomik jika dibina bertingkat. Ketinggian dari lantai ke bumbung antara
6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur
dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.
Tempat burung layang-layang
berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta
dilekatkan di bahagian siling bangunan.
Sistem paip jaringan (sprinkle)
diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan. Bila cuaca panas paip
dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.
MAKLUMAT LANJUT.....
BESUT/ SETIU/ K.TERENGGANU/ PASIR PUTIH/ JERTEH
HUBUNGI: ZAIDI 013-9759327
Subscribe to:
Posts (Atom)