Burung Walit
merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Burung
ini bewarna gelap kelabu coklat, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh kecil, dan memiliki
sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga
paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon mahupun wayar eletrik
seperti gambaran orang ramai. Burung walit mempunyai kebiasaan mendiami di
gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembap, remang-remang kegelapan dan
menggunakan ruangan syiling gua atau nesting plank untuk membuat sarangnya
sebagai tempat beristirehat dan membiak. Kalau saudara nampak yang bertenggek atas wayar elektrik atau pokok kayu..itu bukan walit yang dimaksudkan..itu layang-layang biasa.
Sunday, 1 July 2012
Kisah Nabi Dan Burung Layang-Layang (walit)
Kisah Nabi Dan Burung Layang-Layang (walit)
Sebuah kisah di
zaman Nabi Ibrahim A.S ketika baginda sedang dibakar oleh Namrud, seekor burung
layang-layang yang menyaksikan peristiwa itu lalu terus terbang mencari air dan
disedutnya air tersebut lalu dilepaskan ke atas unggun api itu. Peristiwa itu
diulang-ulangnya berkali-kali sehinggalah Nabi Ibrahim dikeluarkan daripada
api.Perbuatan burung itu
dilihat dan diperhatikan oleh seekor burung yang lain lantas bertanya. "wahai layang-layang mengapakah kamu lakukan
perbuatan siraman air tadi walaupun kamu tahu bahawa air yang sedikit itu tidak
mampu membuat apa-apa terhadap unggun api yang besar
itu?Jawab
layang-layang."walaupun aku tahu aku tidak
berupaya memadamkan api tersebut namun aku mesti berusaha untuk menegakkan
kebenaran atas kemampuan yang terdaya oleh aku agar di hadapan ALLAH kelak aku
tidak akan dipertanggungjawabkan kerana tidak berusaha melakukan sesuatu apabila
melihat kezaliman"Kisah ini menceritakan kehebatan yang ada pada
burung layang-layang. Walaupun warna bulunya hitam tetapi sarangnya dilabelkan
sebagai emas putih pada hari ini kerana harganya yang tinggi dan permintaan
manusia sedunia yang berterusan.
Subscribe to:
Posts (Atom)