PERUSAHAAN RUMAH BURUNG WALIT (RBW) MEMANG MENCABAR...
CABARANNYA ADA DI SINI.
1. MINAT SUDAH ADA TAPI MODAL TIADA???
KENAPA MAHU PENING-PENING.. KALAU MODAL KECIL BUAT RBW SAIZ KECIL. BILA DAH BERJAYA BUAT LAH YANG BESAU-BESAU.
2. LOKASI???
BURUNG WALIT NI MANA-MANA ADA KERANA TUHAN YANG HANTAR NANTI.. NAK KITA MULA DAN MINTA KEPADA-NYA.
3. TAK TAHU LANGSUNG PASAL RBW???
TAK KENAL maka TAK TAHU.. KALAU PANDAI SEBUT TU MAKA DAH TAHU LAH YE
4. SUARA BAGUS & TERBAIK NAK DAPAT KAT MANE???
BANYAK DIJUAL DI PASARAN. BIASA YANG MAHAL TU YANG BAGUSLAH. TAPI KALAU ADA KENGKAWAN YANG DAH BERJAYA DAPATKAN MURAH2 LAGI BAGUS. BIASANYA DAPAT..
Friday, 25 May 2012
Thursday, 3 May 2012
Wednesday, 2 May 2012
Tuesday, 1 May 2012
Khasiat Sarang Burung Walit
Sejak dulu lagi, khasiat sarang-sarang burung layang-layang atau walit didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.
Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar.
Penyelidikan saintifik moden mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang tulen sekali gus bagus untuk semua peringkat usia.
Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.
Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.
Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan, bergantung kepada cita rasa tersendiri untuk menambahkan kenikmatan ketika menjamu.
Bagaimanapun ia memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan.
Namun kini, menyedari khasiatnya dan permintaannya semakin tinggi terutama untuk kecantikan, ia boleh didapati dalam bentuk bungkusan kecil dengan harga yang murah dan mudah dimiliki oleh semua golongan.
Ekstrak sarang burung walet mampu membuatkan bahan-bahan aktif yang terkandung mudah menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk membaikpulih struktur epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan selain membekalkan keanjalan jangka masa panjang pada wajah.
KEBAIKAN SARANG BURUNG WALET YANG BERJAYA DIRUMUSKAN
Awet muda. Melancarkan
peredaran darah.
Melancarkan
fungsi paru-paru. Melegakan batuk.
Membersihkan
darah. Membantu
tumbesaran tubuh.
Membantu
pembentukan tulang. Pembentukan
darah merah.
Sebagai agen
antioksida. Membantu proses
penyembuhan Asma.
Memutih dan
melicinkan muka. Menghilangkan
kedut-kedut muka.
Membantu
meningkatkan tahap IQ. Kesihatan tenaga batin
Membantu
memulihkan tenaga dan stamina badan.
Subscribe to:
Posts (Atom)